About Us

Malaysian Society of Cinematographers (MySC)(Persatuan Sinematografer Malaysia) pada mulanya adalah gagasan dari beberapa siri pertemuan para Dop Malaysia dan pada 24hb Nov. 2014, di Dataran Ukay, dilantik dikalangan mereka ahli jawatan kuasa penaja untuk mengerakkan gagasan ini untuk menjadi kenyataan.

Pada 23hb Disember 2014, Jabatan Pendaftaran Pertubuhan telah meluluskan Malaysian Society of Cinematographers (MySC) (Persatuan Sinematografer Malaysia) sebagai sebuah Pertubuhan Kebangsaan yang sah disisi Undang Undang negara Malaysia.

 

Matlamat

  •  Menyatukan ahli profesional Pengarah Fotografi filem dan televisyen tempatan yang mengutamakan pendidikan budaya dan bermaksud memajukan seni dan sains sinematografi serta bertukar-tukar idea , membincangkan teknik dan mempromosikan sinematografi sebagai sebuah seni;
  • Memberikan pengiktirafan kepada ahlinya untuk mengunakan ‘MySC’ dihujung nama setiap Pengarah Fotografi filem dan televisyen tempatan yang telah menunjukkan hasil kerja berprestasi;
  • Memperjuangkan dan membela kepentingan,kebajikan serta memelihara dan meningkatkan prestasi dan imej para pengarah fotografi filem dan televisyen tempatan;
  • Berusaha dari masa kesemasa melahirkan bakat bakat yang berkaliber dan profesional dalam bidang sinematografi;
  • Berusaha mengembangkan dan meningikan kebudayaaan malaysia ketaraf antarabangsa dan mengekalkan kebudayaan malaysia sebagai teras kebudayaan nasional;
  • Berkerjasama dengan pihak kerajaan,terutama kementerian kementerian yang mempunyai hubungan dengan kegiatan persatuan,badan kebudayaan, swasta dan persatuan persatuan yang sejajar dengan dasar dan tujuan persatuan.