OWD & Advance Dive Course: Underwater Cinematography Series #1 & #2

OWD & Advance Dive Course: Underwater Cinematography Series #1 & #2

Projek Underwater Cinematography: Open Water Dive & Advance Open Water Dive Course Series #1 & Series #2 for Crew ini amat penting dalam menyediakan pengetahuan asas keselamatan diri dan penggunaan peralatan di dalam/dasar air serta mendapatkan sertifikasi dan lesen menyelam oleh badan pengiktirafan penyelam iaitu PADI ( Professional Association of Diving Instructor ). Setelah mendapat pengiktirafan (Open Water Dive License ) ini peserta boleh menyelam di seluruh lokasi menyelam dunia. Bagi peserta Advance Open Water mereka mempelajari penambahan kemahiran Navigasi, Penyelaman Dalam sehingga 30m, Pengapungan stabil, Penyelaman di waktu malam dan Underwater Digital Imaging.

 

MySC telah melibatkan Persatuan lain untuk bersama kami memandangkan kita memerlukan kerja berpasukan untuk menjayakan sesatu produksi. Pemahaman tim adalah penting tentang keselamatan dan cara kerja didalam air. Oleh kerana itu kami telah melibatkan pengambilan peserta dari Persatuan Sutradara Malaysia(FDAM), Persatuan Pekerja Filem Professional Malaysia(Profima), Persatuan Seniman Malaysia(Seniman) dan Persatuan Sinematografer Malaysia(MySC)

 

Ketika awal pengumuman projek, ramai yang berminat mengikuti projek ini tetapi MySC telah memilih peserta yang layak dari segi kesihatan fizikal. Ketika perlaksanaan projek ini semua nya berjalan lancar. Cuaca baik sepanjang projek dan kami mendapat kerjasama yang padu dari pihak Tenggol Coral Beach Resort serta Diver Instructor yang banyak pengalaman dan bersungguh mengajar peserta. Baik diwaktu siang atau malam.

 

Projek ini dilaksanakan di Pulau Tenggol, Trengganu pada 8hb hingga 11hb Oktober, 2018. Peserta ada yang berangkat menggunakan perkhidmatan bas dari TBS Kuala Lumpur dan Shah Alam. Ada juga yang membuat carpool dan datang menaiki kereta bersama. Mereka semua

berkumpul di Homestay Kuala Dungun jam 4 pagi 8hb. Mereka semua kemudian berangkat ke Pulau Tenggol menaiki bot dari Jeti A’king jam 10.30 pagi dan tiba di Pulau Tenggol jam 11.30 pagi.

 

Keseluruhan Peserta berjumlah 25 orang, terdiri dari ahli MySC 16 orang, 3 orang ahli Profima, 3 orang ahli FDAM dan 3 orang ahli Seniman, Urusetia MySC 1 orang, Urusetia FDAM 1 0rang, Urusetia Seniman 1 orang dan wakil Finas 3 orang. Jumlah keseluruhan 32 orang.

 

Sorotan atau highlights projek ini adalah bila peserta OWD pada hari ketiga dan merupakan dive terakhir di bawa ke lokasi menyelam bernama ‘ Turtle Point ’ dengan kedalaman 18m dan arus kencang didasar. Kesemua peserta berjaya melaluinya dengan bekal pengetahuan yang telah mereka pelajari dan berlatih. Peserta Advance pula telah berpecah kepada dua tim untuk memproduksi dua buah filem pendek dengan tema ‘Alam’ dengan syarat 70% penggambaran didalam laut dan 30% di daratan.

 

 

Photo Link to the event:

https://photos.app.goo.gl/Xr5cgSJWcbErxG3YA

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *