'Penggambaran Filem Cereka dan Drama' Oleh En. Mohd.Fuad Ariffin

 

Sambil kita menonton sesebuah filem atau drama ada antara kita yang terfikir bagaimana seluruh kerja-kerja bagi menyiapkan produksi tesebut.

Bermula dengan skrip yang didraf beberapa kali sehingga rupabentuk dan struktur cerita yang dihasratkan oleh penerbit dapat dihasilkan dengan memuaskan.

Dari situ semua kakitangan atau petugas ditawarkan untuk menjalani tugasan serta kerja-kerja khusus bagi memastikan kelancaran penerbitan tersebut.

Petugas-petugas berstatus bebas yang bersetuju dengan tawaran oleh penerbit akan diberi senaskah skrip dan jadual penggambaran.

Carta Organisasi Penerbitan

Carta organisasi penerbitan

Dalam sesuatu penerbitan yang sudah melalui semua proses wajib dan bersedia untuk tontonan umum selalunya membawa beberapa elemen bersamanya. Elemen hiburan, termasuklah seram, suspen, aksi dan komidi. Elemen lakonan pula harus dan perlu menyakin penonton. Muzik dan audio pula membantu mengangkat tahap penerbitan tersebut dengan adunan semua bunyian sehingga sumpurna. Pergerakan kamera dan tahap kontras pula menyumbang kearah mood dan aliran cerita mengikut citarasa pengarah.

Dalam ertikata lain seorang pengarah adalah seorang ketua tukang cerita melalui format video atau filem serta dengan beberapa elemen yang tersebut diatas, dan semua elemen-elemen ini perlulah synchronise menjadi satu.

Kalau dilihat dari organisasi pelaksana dalam sesuatu penerbitan, jalinan yang erat antara mereka-mereka ini serta sikap professional akan menentukan kelancaran penerbitan tersebut. Terutamanya antara semua ketua-ketua bahagian dibawah naugan pengarah penerbitan itu sendiri.

Selain dari sikap, perhubungan antara pelaksana perlu ada pada tahap yang committed. Dan kefahaman skrip yang jitu oleh mereka-mereka ini mesti selari.

Dengan kesedaran bahawa sekiranya penerbitan ini tidak mencapai tahap yang diharapkan, semua penat jerih menerbitkannya akan menjadi terbuang dan sia-sia, oleh itu dalam aspek ini pengarah dan ketua-ketua naungannya mesti ada connectivity dan memberi sokongan yang tinggi padanya.

Walau pun hasil yang diharapkan tidak sangat menepati jangkaan namun nilai produksi (Production Value) itu mesti berada ditahap yang terbaik dari segi susunan shot dan editing, adunan audio, serta lakunan yang teratur, dimana pelakon utama akan tertampil dan seterusnya pembawa watak yang lain mesti menepati susur galur cerita. Penerbitan video atau filem ini sangat sukar untuk dinilai dari segi kebagusannya kerana sifatnya yang subjektif.

Walaupun begitu untuk menetukan samada penerbitan tersebut dapat diterima industri, ia akan sangat bergantung terhadap rapinya persiapan awal dan jadualnya, ini sedikit sebanyak boleh menjamin keberkesanan dan penerimaannya.

Mengikut pengalaman yang saya lalui dalam menerbitan filem sebagai pengarah fotografi, keakraban professional antara semua petugas adalah menjadi keutamaan, terutamnya antara pengarah dengan ketua-ketua bahagian naungannya. Pengarah adalah ketua turus dalam sesuatu produksi namun semua pengarah bawahannya masih boleh memberi pandangan semasa penggambaran, walaupun keputusan atau calling the shot menjadi hak mutlak pengarah tersebut. Sebagai contoh saya pernah memberi pandangan terhadap satu set jump shot dimana saya memberitahu pengarah yang set yang terdahulu tidak dapat diharmoniskan dengan yang kemudiannya. Saya diberitahu yang dialah pengarah dan akan print shot tersebut, walaupun semasa editing ternyata pandangan saya betul dan babak tersebut tidak dapat digunakan. Saya tidak merasa kecewa atau bangga kerana saya betul memandangkan semua petugas perlu bersikap professional semasa penggambaran.

Contoh kedua adalah semasa saya bertugas dengan pengarah lain dimana saya terdengar seorang pembancuh kopi sambil berbisik dengan pengarah, memberi pandangannya terhadap sesuatu keadaan. Salepas selesai penggambaran pengarah tersebut telah memberitahu kepada semua petugas dan pelakon bahawa dia mendapati cadangan pembacuh kopi lebih baik dari rancangan asalnya.

Itulah hakikatnya jika sesaorang itu hendak berkarya dalam apa bidang seni sekali pun, mereka perlu faham tentang sifat subjektifnya yang tidak kaku. Tambahan lagi bidang ini selalu disebut sebagai arts and science of film-making dan akan dipertontonkan kepada umum.

 

Oleh Mohd. Fuad Ariffin

UniMAP

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *