Pentingkah “Recce”?

‘Recce’ sebenarnya adalah istilah militari kependekan kepada istilah ‘Reconnaisance’(mencari informasi di daerah musuh) yang dipinjam oleh orang Media Production seluruh dunia. Ia merujuk kepada pencarian lokasi shooting yang sesuai untuk bekerja dan penceritaan. Sebelum sesuatu tindakan militari dilakukan ‘Reconnaisance’ atau ‘Recce’ akan dilakukan untuk menghimpun informasi tentang sesuatu lokasi dan ini menyumbang kepada kejayaan tindakan militari tersebut. Begitu juga untuk kita di Industri ini ia begitu penting untuk kelancaran dan kejayaan sesuatu produksi itu.

 Seorang Sahabat Pengarah, Saudara Haris Sulong pernah berkata: “Separuh kejayaan anda dalam produksi tercapai ketika pre-produksi dan selebihnya mengeksekusi apa yang anda janjikan…” dan Recce berada di peringkat pre-produksi. Begitulah berapa pentingnya Recce.

Banyak kali kita lihat latar belakang lokasi tidak sesuai dengan latar belakang cerita. Pemilihan lokasi yang hanya sesuai untuk bajet bukan bermakna sesuai untuk penceritaan. Kekadang kita rasa lokasi yang sesuai untuk penceritaan malah susah untuk bekerja dan mendatangkan mudarat kepada kita.

Lokasi yang sesuai adalah lokasi yang mempunyai elemen berikut ini:

 

Kenali kehendak skrip. Pilih lokasi yg sesuai dan berkesan kepada penceritaan. Ini rukun pertama dalam pencarian lokasi. Untuk menilai sesuatu lokasi, anda mungkin akan menghadapi kemungkinan yang tidak terkira banyaknya: kawasan semula jadi, tempat bersejarah, bangunan yang unik, landskap bandar dan kawasan dermaga, sebagai contoh.. Ingat, bahawa anda mempunyai cerita untuk diceritakan. Pilih lokasi yang sesuai dan berkesan dengan penceritaan dan skrip. Lokasi hanyalah bahan mentah. Anda perlu tahu apa kehendak skrip sebelum memilih lokasi yang sesuai.

Pencarian di masa yang tepat. Awasi perubahan di lokasi. Adalah bijak untuk memeriksa lokasi anda pada hari dan masa hari yang akan anda rakam: faktor-faktor ini boleh menghasilkan kejutan besar perubahan kepada kesesuaian lokasi.

Lihatlah cahaya. Dewan, restoran, tempat ibadah, auditorium dan rumah umumnya mempunyai jumlah cahaya lampu yang berdensiti rendah yang sedia ada. Semak tahap cahaya dengan exposure meter anda.Penyelesaian untuk pencahayaan yang malap mungkin semudah membuka tirai tingkap atau langsir yang boleh dibuka untuk menambah cahaya ambience alami. Dalam situasi ini, anda mungkin ingin membawa lampu atau meminta izin untuk menggantikan mentol lampu sedia ada kepada yang lebih densiti.

Ikut matahari. Keadaan pencahayaan exterior boleh menjadi mencabar sama seperti pencahayaan interior; pencahayaan exterior berubah sepanjang hari kerana beberapa faktor alami seperti perubahan waktu, angin yang meniup awan keluar masuk melindungi matahari, awan mendung dan hujan. Ketika anda mencari lokasi, beri perhatian pada tempat yang ditetapkan dan dipilih samada di bawah sinar matahari penuh, matahari separa atau teduh penuh. Matahari yang terang adalah keras dan tidak sesuai pada muka orang, dan permukaan yang cerah boleh menjadi ‘overexpose’ di dalam cahaya matahari penuh, menyebabkan exposure harus ditutup untuk mengurangkan cahaya yang dirakam. Manakala Matahari separa boleh mengelirukan, serta; kamera hari ini, walaupun canggih, boleh mempunyai masalah pengendalian kontras tinggi dalam situasi ini. Akhirnya, anda mungkin mendapati bahawa lokasi teduh sepenuhnya atau hari mendung menghasilkan keputusan yang paling konsisten. Pemilihan sudut matahari dan posisi pelakun/subjek juga harus sesuai.

Periksa bekalan kuasa. Banyak lokasi exterior jauh dari sumber kuasa elektrik dan juga beberapa lokasi interior boleh menimbulkan masalah dan cabaran, jadi mempersiapkan sumber tenaga alternatif seperti generator sentiasa idea yang baik. Tetapi jika anda memilih menggunakan kuasa elektrik sedia ada di setiap dan di mana-mana lokasi, anda perlu menilai berapa besar tenaga yang diperlukan dan berapa nilai sumber tenaga sedia ada dilokasi tersebut.

Bagaimana anda akan bekalkan kuasa lampu anda? Bagaimana jika anda habis penyaliran semua bateri anda? Adakah terdapat tempat untuk pengecas? Adakah menggunakan generator dapat menyelesaikan masaalah anda? Adakah anda merakam live sound dan generator anda kedap bunyi? Berapa besarkah sumber kuasa elektrik yang anda perlukan? Dapatkah generator anda sampai ke lokasi? Semua ini perlu mendapat kepastian ketika anda mencari dan memilih lokasi.

Dengar. Bersih, bunyi yang berkualiti tinggi adalah kritikal dalam membuat rakaman yang berkualiti lebih diatas standar dan ‘sunyi’ yang memastikan anda mendapat bunyi lokasi yang terbaik.Bunyi lalu lintas, bunyi air yang bergerak, dan gema suara dan pergerakan semua boleh menghalang kita untuk mendapatkan audio yang berkualiti tinggi. Ketika anda meninjau lokasi, memeriksa mana-mana kondisi ini dengan mendengar melalui mikrofon soundrecorder anda melalui headphone. Uji wireless mic anda di lokasi juga, mendengarnya dengan teliti untuk sebarang jenis gangguan.

Memeriksa unsur-unsur. Matahari, hujan, angin, salji, panas, sejuk – semua boleh membantu atau memudaratkan, terserah kepada apa yang anda berharap untuk merakamnya pada media. Adalah penting untuk memeriksa ramalan cuaca lokasi terpilih pada hari shooting ketika mencari lokasi. Tumpuan kepada kelembapan,udara dingin ,udara panas dan udara air masin di lokasi juga perlu dipertimbangkan dalam pemilihan.Langkah pencegahan harus dipersiapkan seperti penyedian khemah,payung dan kanvas. Jika di daerah pantai, pastikan pasang surut daerah tersebut.

Membuat keputusan di mana untuk setup. Pastikan terdapat ruang yang mencukupi untuk anda menempatkan semua peralatan anda. Pilih dan Block shot anda. Pastikan lokasi khemah director, catering, genset dan production transport tidak mengganggu kelancaran produksi dan tidak berubah ubah.

Dapatkan kebenaran. Berhati-hati, anda akan perlu mendapatkan permit dan kebenaran undang-undang untuk menggunakan lokasi-lokasi tertentu. Ketika anda sedang mencari di lokasi, pastikan hak pemilikan tempat dan dapatkan info pemilik serta alamat mereka.

Adakah anda memilih lokasi ditepi jalan atau kaki lima yang akan menghalang lalu lintas? Adakah anda di suatu lokasi merancang untuk mengarahkan kamera utk shoot kearah properti orang lain? Bangunan Pusat membeli belah, kedai-kedai runcit, syarikat dan perniagaan adalah semua harta swasta. Ramai pemilik akan gembira mengizinkan anda jika anda bertanya, tetapi jika tidak, anda akan perlu untuk memilih lokasi yang lain. Adalah lebih baik untuk mendapatkan kebenaran terlebih dahulu daripada diganggu dan di usir oleh pihak berkuasa.

Menilai kawasan itu. Memeriksa kemudahan kawasan: Adakah penerimaan telefon bimbit di kawasan yang anda pilih? Bagaimana dengan hospital, klinik dan Balai Polis yang berhampiran? Cari restoran, kedai runcit, kedai hardware dan kedai elektronik terdekat. Jika ada ketika anda memerlukan sesuatu seperti memerlukan cable tambahan, anda sudah tahu kemana akan di tuju serta ia menaikkan taraf pilihan lokasi tersebut. Ketika mencari lokasi yg punya ‘backup possibilities’ ini,sedikit sebanyak akan memudahkan pergerakan produksi.

Catatan Tepi: Lokasi Utama & sifat sifat nya

Anda boleh dikatakan pasti akan melawat salah satu lokasi ini lambat laun. Berikut adalah senarai perkara yang perlu anda perhatikan.

  • Auditoriums Sekolah: kurang bagus untuk audio, ruang yang besar, sukar untuk dekat dengan tindakan
  • Tempat Ibadah: lampu malap, bergema, sukar untuk tidak mengganggu dan diganggu
  • Taman dan Kawasan Semula Jadi: perubahan cuaca, sukar mengangkut peralatan
  • Pusat Bandar: bunyi latar belakang, trafik yang sibuk dan kehadiran pejalan kaki
  • Pantai: bunyi angin bayu laut, pencemaran pasir, matahari langsung
  • Acara Luar: persaingan untuk ruang, kurang bagus untuk audio, bunyi keramaian

Catatan Tepi: Peralatan untuk recce

Pastikan anda ingat tempat-tempat yang tidak ternilai yang anda perolehi dengan senarai peralatan ini:

  • Notebook (atau Ipad) untuk membuat segala catatan
  • Kamera foto untuk mewujudkan arkib foto lokasi
  • Camcorder dengan headphone untuk video ujian rakaman dan audio
  • Compass,GPS dan Inclinometer untuk memeriksa matahari terbit/terbenam matahari, arah angin, sudut ketinggian dan lain-lain
  • Perhatikan waktu yang sensitif dan selamat
  • Peta, terutama bagi lokasi yang jauh di pendalaman
  • Telefon bimbit

Contoh Recce Checklist:

http://screenhi.co.uk/docs/how-to-run-a-production/example-recce-checklist.pdf

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *